Bismillah
Bila dengar cerita tentang beberapa orang yang tak dapat lagi elaun JPA untuk 3 bulan mendatang ni, terus teringat dua tahun dulu masa tarikh lebih kurang macam inilah saya dan seorang kawan baik menanti jawapan sama ada diteruskan tajaan atau tidak.
Waktu itu saya fikir sekiranya tak dapat lagi biasiswa, berkemungkinan besar saya akan pulang saja ke Malaysia. Tak mampu nak bayangkan boleh hidup di Mesir ini tanpa biasiswa JPA. Bila dapat tahu tajaan akan diberhentikan, terus saja seorang kawan ini memberi mesej yang lebih kurang begini "Ami, jangan risau. Kami akan bantu. Teruskan, jangan mengalah." Tuhan saja yang tahu betapa saya terpujuk dengan kata-kata itu.
Adakalanya sampai sekarang pun, masih terdetik dalam hati kenapa aku tak putus asa saja dari dulu. Rasa cukup membebankan orang. Dan setelah 2 tahun begini, bila saya suarakan hasrat untuk mengalah pasti akan ada suara berkata "Jangan sia-siakan pengorbanan orang selama ini." Huh, seperti terjerat kan?
Apapun, jangan bimbang. Saya yakin masih ada optimis dalam jiwa ini, insya-Allah. Bisikan-bisikan negatif seperti di atas itu memang sentiasa datang. Terjeratlah, terperangkaplah...merepek.
Saya menganggap semua yang berlaku ini adalah takdir yang bakal memberi erti pada masa mendatang. Andai tak sempat pun sampai pada masa mendatang itu, saya sentiasa mengharapkan semua ini menjadi penyebab langkah kaki ke syurga. Amin.
Alhamdulillah, sampai kini saya mampu bernafas selesa dan nikmat-nikmat-Nya masih tak mampu dihitung. Moga dianugerahkan sebaik-baik ganjaran buat mereka yang seikhlasnya membantu saya selama ini. Terima kasih!

sape nama kawan baik awak tu? ;) hiks.
ReplyDeleteYes, be content with what Allah has given to us. Ami, about 'my worry' last time I told you, alhamdulillah dah setel :) see..Allah always has other hidden plan to us.
May Allah Bless all their sacrifices. Ameen.
Nama dia Tiyah ;)
ReplyDeleteAmin..