Bismillah
Tadi ada visit ke nursery. Sebenarnya kena perhatikan keadaan nursery tu, tapi mestilah kanak-kanak di situ yang lebih jadi perhatian (atau kami yang jadi perhatian kanak-kanak). Sempatlah tolong kesatkan hingus dan kecomotan di wajah mereka. Kesian sangat tengok yang kurang terurus. Mungkin kerana ratio pengasuh dan kanak-kanaknya terlalu besar. Teringat dulu masa tolong mak jadi baby sitter di rumah, pernah mencecah 9 orang pada satu masa dalam lingkungan umur mereka 40 hari-6 tahun. Memang tak menang tangan dan sangat menguji kesabaran.
Saya sangat berharap agar anak-anak saya nanti kalaupun terpaksa ditinggalkan, berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Pilihan untuk menjadi wanita bekerjaya adalah pilihan sendiri dan andai itulah suratannya nanti, memang nak tak nak kena berikan kepercayaan kepada orang lain untuk jaga mereka. Ya Allah, rasa syukur sangat sebab dilahirkan dan dipelihara hampir 100% dengan tangan mak sehinggalah masuk asrama bermula tingkatan 1. Sampaikan mak masih ingat lagi ketika umur saya lebih kurang 1 tahun, saya pernah dijaga oleh mak saudara selama 11 hari ketika mak ditahan di wad kerana sedikit komplikasi mengandungkan adik. Maksudnya boleh dikatakan, hanya 11 hari itu sahaja saya tidak ada pada perhatian mak. Allah, nikmat yang bagi saya wajib disyukuri dan tidak dilupai.

0 comments:
Post a Comment