Bismillah
Apalah gunanya sahabat jika tak mampu menegur kesilapan sahabatnya. Saya bukanlah seorang yang mudah menerima teguran, tapi saya sentiasa bersedia untuk belajar menerimanya. Tegurlah jika saya berbuat salah. Mungkin saya akan mengambil masa untuk betul-betul memahami sebarang teguran, namun itu lebih baik berbanding jika saya langsung tidak mendapat teguran.
Seingat saya sepanjang 24 tahun hidup, tidak banyak teguran yang saya terima daripada insan bergelar sahabat. Setelah diimbas semula, teguran yang berbisalah yang banyak menggerakkan saya membuat perubahan dalam hidup. Sayangnya, ia tak banyak berlaku. Manusia di sekeliling saya terlalu baik dan suka memuji. Barangkali terlalu suci hatinya sehingga hanya dapat melihat yang baik-baik sahaja. Mungkin juga saya yang tidak faham. Boleh jadi pujian itu bernada teguran? T_T

reverse psycho.
ReplyDeletekita ni dah tahu dah silap kita di mana tapi saje je buat taktahu.
nak masuk kategori tahu dia tahu pun tak boleh, nak masuk tak tahu dia tahu pun tak boleh.
maka kalau rase pujian tu macam tak kena, kena chek baliklah betul atau tidak.
ke camne? ;)
heh. memang kadang2 tu kita dah tahu apa silap kita, tapi sesekali kita perlukan orang ketuk kita. barulah kita sedar yang kita dah tahu pun sebenarnya.
ReplyDeletepujian tu selalunya memang boleh bezakan sangat, sama ada orang tu memang betul puji atau nak reverse psycho kita. kalau mengulang tahun banyak kali, repeat paper tiap2 tahun tiba2 ada orang kata cemerlang, takkanlah nak anggap betul pulak iya tak?