Khamis, 10 November 2016

Singgah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum pembaca setia blog Masih Manusia! Haha.

Baiklah. Hari ini hari yang sangat ajaib kerana tiba-tiba jari-jemari halusku menari-nari di atas papan kekunci komputer ribaku yang berusia enam tahun ini. Drama sangat kan.

Rindu hendak berblog kembali. Saya mula menulis di blog pada tahun 2008. Pada tahun yang sama juga sebenarnya berdaftar akaun di facebook, tetapi hanya mula aktif pada tahun 2010. Sejak itulah beransur-ansur blog ditinggalkan sepi.

Masih di peringkat angan-angan hendak menghidupkan semula blog ini. Jadi kita acah-acah singgah sahaja dulu.

Apa pun pada kesempatan yang ada, saya ingin ucapkan terima kasih kepada pembaca blog saya dari zaman awal dulu sampailah hari ini. Zaman jatuh bangun saya ketika berada di Mesir banyak juga dikongsikan di sini. Alhamdulillah segalanya telah berakhir.

Jujur, komen-komen yang menyokong saya baik dari segi penulisan atau pun pengajian saya, sangat-sangat saya hargai. Tidak kiralah komen yang bernama atau tanpa nama. Terima kasih! :)

Sekarang saya masih terumbang-ambing menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Malaysia. Masih buntu, tidak tahu dari mana hendak bermula. Perasaannya seperti baru keluar dari dunia yang lain.

Doakan saya supaya cepat menemui rentak. Mudah-mudahan permulaan yang baik akan melancarkan perjalanan hidup saya yang seterusnya.

Untuk akhirnya, doakan juga saya rajin untuk terus menulis!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan