Skip to main content

Flash Ho Induction

Copy & paste daripada post facebook saya pada 6 Januari 2022

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219682000576911&id=1124136785

-------------------------------------------------------
Pada hari Jumaat, 31 Disember minggu lepas saya menyertai #flashHOinduction anjuran Medicorp yang disampaikan oleh Dr. Iliana Mohamad. Terdapat 3 sesi pada hari tersebut dan akan disambung 1 sesi lagi pada hari esok. 

Saya menyertai kursus induksi ini dengan niat menolak diri untuk memulakan persiapan memasuki housemanship akan datang. Maklumlah sudah lebih 4 tahun saya meninggalkan housemanship yang satu posting pun tidak berjaya dihabiskan itu. 😂

Proses permohonan semula saya sudah sampai ke peringkat akhir. Tinggal menunggu panggilan ehousemen sahaja lagi untuk pemilihan hospital. 

Doakan saya ya. Ada masanya masih terfikir betul atau tidak hendak mencuba semula. 

Saya yakin kebanyakan orang akan meragui, mampukah untuk praktis setelah sekian lama meninggalkan segala knowledge dan skill. Tambah pula saya hanya sempat praktis tidak sampai 3 bulan. Jangan risau, saya sendiri pun meraguinya. 

Namun saya percaya, ia sesuatu yang "doable". Boleh dilakukan. Sudah ada pun orang yang berjaya melakukannya. Jadi sekali lagi tolong doakan saya ya. 

Saya sendiri tidak meletakkan harapan terlalu tinggi. Namun saya ingin gunakan peluang yang masih ada ini semampu saya supaya benar-benar puas hati dan tiada ralat di kemudian hari.

Berbalik kepada #flashHOinduction, terima kasih Dr. Iliana dan Medicorp. Banyak manfaat yang saya peroleh antaranya:-

✅ Mengingatkan semula saya proses yang akan dilalui bermula ehousemen (pemilihan hospital) sehingga masuk posting pertama. Dua poin yang menarik perhatian saya:-
- untuk alumni Medicorp akan ada mentorship revision dalam tempoh selepas mendapat hospital sehingga melapor diri.
- Dr. Iliana menyarankan houseman dengan inisiatif sendiri membuat pre-tag bersama senior houseman sebelum tiba hari pertama tagging supaya lebih bersedia.
✅ Belajar formula untuk manage, present, review & refer, gambaran logbook dan topik penting
- Teringat pula dahulu saya langsung tidak bersedia dengan sebarang formula. Waktu masuk itulah baharu terkial-kial untuk belajar.
✅Dapat kenal pasti kekurangan knowledge & skill yang perlu dipersiapkan sebelum masuk housemanship
✅Tip untuk study dan habiskan posting dengan cemerlang serta cara mengelakkan extension
✅Gambaran jadual sebagai houseman dan tip persediaan untuk menghadapinya

Kesimpulannya, selepas menyertai #flashHOinduction ini barulah saya sedar betapa jauhnya saya dari bersedia untuk housemanship. 
Semoga saya kuat semangat untuk persiapkan diri. Semoga murah rezeki juga untuk menyertai kursus dan bengkel yang akan datang pula. 

Mudah-mudahan, otak saya masih belum berkarat untuk belajar dan bekerja. Buat kesekian kalinya, doakan saya ya. Terima kasih. ☺️

Comments

Popular posts from this blog

Permulaan Langkah Yang Tidak Mudah

[Permulaan Langkah Yang Tidak Mudah] Pada saya, permulaan untuk mendapatkan rawatan dan sokongan yang sepatutnya dalam masalah kesihatan mental bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sendiri sangat lama hidup dalam penafian sedangkan diri sendiri sedar apa yang dialami itu bukan sesuatu yang normal.  Memujuk hati dengan "perasaan aku je ni", akhirnya lama-kelamaan memakan diri. Disangkakan apabila semua simptom sudah hilang bermakna kita sudah sembuh, rupanya kita sedang melalui fasa "remission", reda sementara sahaja. Maka berulang-ulanglah proses yang sama tanpa campur tangan rawatan dan bantuan. ------------------------------------------------------------------------------------ RUJUKAN KE PSIKIATRI KALI PERTAMA Langkah pertama saya untuk mendapatkan rawatan psikiatri ketika housemanship dulu, selepas tiga kali berjumpa dengan kaunselor, adalah dengan pergi ke klinik staf di bawah Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.  Jasa Dr. Raj tidak akan saya lupakan.  Sele

Bunuh Diri

Baru lagi tiga hari lepas di sebuah stesen radio seorang ustaz mengulas tentang penyakit mental. Ulasannya bagi saya sangat mengecewakan. Antara intipatinya disuruh mereka yang tertekan ini membandingkan dengan orang yang lebih susah dan jangan dilayankan sangat perasaan, gunakan akal katanya. Sampai boleh mengatakan, ada orang yang sengaja dan mengada-ngada buat-buat stress, akhirnya jadi betul-betul stress. Semalam terbaca pula status facebook seorang ustaz yang nadanya lebih kurang sama. Menyebut tentang banyaknya terima video bunuh diri. Sangka saya hendak nasihatkan orang untuk tidak menyebarkan. Tetapi rupanya mempersoalkan kenapa nak tamatkan nyawa hanya kerana tertekan. Kemudian disuruh juga bandingkan dengan orang yang lebih susah.  Dan bermacam jenis bandingan lagi seperti katanya jika kita habis duit simpanan, ada orang lain yang tidak pernah ada duit simpanan, jadi sekurang-kurangnya kita pernah merasa ada duit. Ayat-ayat dengan perkataan "sekurang-kurangnya" ini