Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Mula Membaca Buku

Dalam sebulan ini saya baru memulakan semula budaya membaca buku dengan konsisten yang telah sekian lama ditinggalkan. Sebelum ini masa banyak habis dengan baca artikel di facebook sahaja. Bercinta hendak menghabiskan bacaan buku. Kesannya selepas mengikat diri dengan buku, saya lebih rasa hidup. Mungkin sebab kita boleh ke dunia lain sebentar ketika membaca buku. Berbanding media sosial yang kebanyakannya mengulas tentang isu semasa. Isu semasa sekarang pula banyak yang memeningkan berbanding menenangkan. Saya pula baru sahaja rasa betul-betul "hidup" beberapa bulan ini setelah mendapat rawatan yang betul. Jadi baru perlahan-lahan cuba mengatur hidup semula dengan lebih baik. Semoga saya dapat istiqamah. Jika ada cadangan buku yang menarik untuk dibaca, sudi-sudikanlah berkongsi ya. ☺️

Proses Yang Masih Panjang

Bulan lepas dihubungi oleh MMC atau MPM kemungkinan sesi penilaian dengan MRP (Medical Review Panel) akan diadakan dalam bulan Jun ini. Tetapi akhirnya ditangguh kerana PKP. Untuk memohon semula bagi yang berhenti kerana masalah kesihatan perlu lalui penilaian dengan MRP terlebih dahulu. Jadi prosesnya lebih panjang berbanding yang lain.  Selepas penilaian, proses mendapat keputusannya, proses untuk masuk tapisan SPA, seterusnya untuk disenaraikan dalam pemilihan e-houseman memakan masa sekurang-kurangnya sekitar 8 bulan mengikut pengalaman orang lain. Sekarang ini MRP pun belum dapat tanda bila akan diadakan. PKP pula disambung lagi. Maka kita tenang-tenang sajalah dulu menanti ketentuan yang seterusnya. Walaupun sebenarnya tidaklah setenang mana. Hasrat nak masuk semula pun ada masanya naik dan turun dalam tempoh yang panjang ini. Lagi panjang waktu, lagi panjanglah akal kita memikir itu dan ini. Apa pun mudah-mudahan jika sampai waktunya nanti, waktu yang terbaik. 

Bunuh Diri

Baru lagi tiga hari lepas di sebuah stesen radio seorang ustaz mengulas tentang penyakit mental. Ulasannya bagi saya sangat mengecewakan. Antara intipatinya disuruh mereka yang tertekan ini membandingkan dengan orang yang lebih susah dan jangan dilayankan sangat perasaan, gunakan akal katanya. Sampai boleh mengatakan, ada orang yang sengaja dan mengada-ngada buat-buat stress, akhirnya jadi betul-betul stress. Semalam terbaca pula status facebook seorang ustaz yang nadanya lebih kurang sama. Menyebut tentang banyaknya terima video bunuh diri. Sangka saya hendak nasihatkan orang untuk tidak menyebarkan. Tetapi rupanya mempersoalkan kenapa nak tamatkan nyawa hanya kerana tertekan. Kemudian disuruh juga bandingkan dengan orang yang lebih susah.  Dan bermacam jenis bandingan lagi seperti katanya jika kita habis duit simpanan, ada orang lain yang tidak pernah ada duit simpanan, jadi sekurang-kurangnya kita pernah merasa ada duit. Ayat-ayat dengan perkataan "sekurang-kurangnya" ini

Permulaan Langkah Yang Tidak Mudah

[Permulaan Langkah Yang Tidak Mudah] Pada saya, permulaan untuk mendapatkan rawatan dan sokongan yang sepatutnya dalam masalah kesihatan mental bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sendiri sangat lama hidup dalam penafian sedangkan diri sendiri sedar apa yang dialami itu bukan sesuatu yang normal.  Memujuk hati dengan "perasaan aku je ni", akhirnya lama-kelamaan memakan diri. Disangkakan apabila semua simptom sudah hilang bermakna kita sudah sembuh, rupanya kita sedang melalui fasa "remission", reda sementara sahaja. Maka berulang-ulanglah proses yang sama tanpa campur tangan rawatan dan bantuan. ------------------------------------------------------------------------------------ RUJUKAN KE PSIKIATRI KALI PERTAMA Langkah pertama saya untuk mendapatkan rawatan psikiatri ketika housemanship dulu, selepas tiga kali berjumpa dengan kaunselor, adalah dengan pergi ke klinik staf di bawah Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.  Jasa Dr. Raj tidak akan saya lupakan.  Sele

Diagnosis Bipolar II Disorder Menghidupkan Diriku Semula

AMARAN: Tulisan yang sangat panjang. Terima kasih jika sudi baca sampai habis. 😊 [Diagnosis Bipolar II Disorder Menghidupkan Diriku Semula] Tarikh 8 September 2020 tidak akan saya lupakan. Tarikh saya didiagnosis dengan Bipolar II Disorder oleh pakar psikiatri yang merawat saya, Dr. Siti Hazrah di klinik psikiatri, Hospital Tunku Jaafar Seremban. Mengimbas kembali pada tarikh itu, saya sukar untuk menerima diagnosis yang baru diberikan. "Sayang tidak suka diagnosis bipolar II ini." Itulah ayat pertama saya kepada suami selepas berjumpa doktor. Saya menahan diri daripada menyuarakannya di hadapan doktor. Saya masih sangat terkejut dan tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan apa yang ada dalam fikiran. Namun saya percaya doktor dapat merasakannya. Beria juga doktor meyakinkan saya bahawa Bipolar II ini bukan sesuatu yang buruk. Kata doktor, ramai orang di dunia ini yang hebat-hebat juga didiagnosis dengan Bipolar II Disorder. Apa pun pesan beliau, saya perlu cuba dahu