Skip to main content

Mula Membaca Buku

Dalam sebulan ini saya baru memulakan semula budaya membaca buku dengan konsisten yang telah sekian lama ditinggalkan. Sebelum ini masa banyak habis dengan baca artikel di facebook sahaja. Bercinta hendak menghabiskan bacaan buku.

Kesannya selepas mengikat diri dengan buku, saya lebih rasa hidup. Mungkin sebab kita boleh ke dunia lain sebentar ketika membaca buku.

Berbanding media sosial yang kebanyakannya mengulas tentang isu semasa. Isu semasa sekarang pula banyak yang memeningkan berbanding menenangkan.

Saya pula baru sahaja rasa betul-betul "hidup" beberapa bulan ini setelah mendapat rawatan yang betul. Jadi baru perlahan-lahan cuba mengatur hidup semula dengan lebih baik.

Semoga saya dapat istiqamah.

Jika ada cadangan buku yang menarik untuk dibaca, sudi-sudikanlah berkongsi ya. ☺️

Comments

Popular posts from this blog

Flash Ho Induction

Copy & paste daripada post facebook saya pada 6 Januari 2022 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219682000576911&id=1124136785 ------------------------------------------------------- Pada hari Jumaat, 31 Disember minggu lepas saya menyertai #flashHOinduction anjuran Medicorp yang disampaikan oleh Dr. Iliana Mohamad. Terdapat 3 sesi pada hari tersebut dan akan disambung 1 sesi lagi pada hari esok.  Saya menyertai kursus induksi ini dengan niat menolak diri untuk memulakan persiapan memasuki housemanship akan datang. Maklumlah sudah lebih 4 tahun saya meninggalkan housemanship yang satu posting pun tidak berjaya dihabiskan itu. 😂 Proses permohonan semula saya sudah sampai ke peringkat akhir. Tinggal menunggu panggilan ehousemen sahaja lagi untuk pemilihan hospital.  Doakan saya ya. Ada masanya masih terfikir betul atau tidak hendak mencuba semula.  Saya yakin kebanyakan orang akan meragui, mampukah untuk praktis setelah sekian lama meninggalkan segala kno...

Permulaan Langkah Yang Tidak Mudah

[Permulaan Langkah Yang Tidak Mudah] Pada saya, permulaan untuk mendapatkan rawatan dan sokongan yang sepatutnya dalam masalah kesihatan mental bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sendiri sangat lama hidup dalam penafian sedangkan diri sendiri sedar apa yang dialami itu bukan sesuatu yang normal.  Memujuk hati dengan "perasaan aku je ni", akhirnya lama-kelamaan memakan diri. Disangkakan apabila semua simptom sudah hilang bermakna kita sudah sembuh, rupanya kita sedang melalui fasa "remission", reda sementara sahaja. Maka berulang-ulanglah proses yang sama tanpa campur tangan rawatan dan bantuan. ------------------------------------------------------------------------------------ RUJUKAN KE PSIKIATRI KALI PERTAMA Langkah pertama saya untuk mendapatkan rawatan psikiatri ketika housemanship dulu, selepas tiga kali berjumpa dengan kaunselor, adalah dengan pergi ke klinik staf di bawah Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.  Jasa Dr. Raj tidak akan saya lupakan.  Sele...