Skip to main content

Proses Yang Kian Ke Penghujung

Saya telah selesai menjalani sesi penilaian panel kajian semula perubatan (Medical Review Panel) dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) pada 28 Julai yang lalu secara atas talian dan telah pun mendapat keputusannya melalui surat yang diterima pada 22 Oktober baru-baru ini. Alhamdulillah, keputusannya MMC membenarkan untuk saya meneruskan permohonan perlantikan semula sebagai pegawai perubatan siswazah dengan beberapa syarat yang dinyatakan. Secara asasnya, syarat yang dikenakan ialah saya perlu melaporkan kepada MMC setelah masuk berkhidmat nanti selepas beberapa tempoh yang ditetapkan.

Saya juga telah memberi maklum balas kepada bahagian sumber manusia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai keputusan MMC ini seperti yang diarahkan. Saya diminta untuk mengemas kini maklumat di portal SPA9 dan kemudian perlu menunggu sahaja untuk melepasi tapisan SPA. Setelah melepasi tapisan SPA, barulah saya boleh masuk ke sistem E-Houseman untuk pemilihan hospital mengikut panggilan yang diberi nanti.

Jadi buat masa sekarang tidak tahu lagilah bila saya akan mendapat tawaran tersebut. Apa yang pasti panggilan seterusnya adalah pada awal tahun hadapan kerana bilangan pengambilan untuk tahun ini sudah tamat.

Maksudnya tidak lama lagilah saya akan masuk semula housemanship. Rancangan saya, jika panggilan tersebut pada bulan Januari berkemungkinan besar saya akan memohon penangguhan. Saya masih perlukan sedikit masa lagi. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Dan sebenarnya saya sudah sangat berdebar untuk masuk semula! 



Comments

Popular posts from this blog

Flash Ho Induction

Copy & paste daripada post facebook saya pada 6 Januari 2022 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219682000576911&id=1124136785 ------------------------------------------------------- Pada hari Jumaat, 31 Disember minggu lepas saya menyertai #flashHOinduction anjuran Medicorp yang disampaikan oleh Dr. Iliana Mohamad. Terdapat 3 sesi pada hari tersebut dan akan disambung 1 sesi lagi pada hari esok.  Saya menyertai kursus induksi ini dengan niat menolak diri untuk memulakan persiapan memasuki housemanship akan datang. Maklumlah sudah lebih 4 tahun saya meninggalkan housemanship yang satu posting pun tidak berjaya dihabiskan itu. 😂 Proses permohonan semula saya sudah sampai ke peringkat akhir. Tinggal menunggu panggilan ehousemen sahaja lagi untuk pemilihan hospital.  Doakan saya ya. Ada masanya masih terfikir betul atau tidak hendak mencuba semula.  Saya yakin kebanyakan orang akan meragui, mampukah untuk praktis setelah sekian lama meninggalkan segala kno...

Permulaan Langkah Yang Tidak Mudah

[Permulaan Langkah Yang Tidak Mudah] Pada saya, permulaan untuk mendapatkan rawatan dan sokongan yang sepatutnya dalam masalah kesihatan mental bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sendiri sangat lama hidup dalam penafian sedangkan diri sendiri sedar apa yang dialami itu bukan sesuatu yang normal.  Memujuk hati dengan "perasaan aku je ni", akhirnya lama-kelamaan memakan diri. Disangkakan apabila semua simptom sudah hilang bermakna kita sudah sembuh, rupanya kita sedang melalui fasa "remission", reda sementara sahaja. Maka berulang-ulanglah proses yang sama tanpa campur tangan rawatan dan bantuan. ------------------------------------------------------------------------------------ RUJUKAN KE PSIKIATRI KALI PERTAMA Langkah pertama saya untuk mendapatkan rawatan psikiatri ketika housemanship dulu, selepas tiga kali berjumpa dengan kaunselor, adalah dengan pergi ke klinik staf di bawah Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.  Jasa Dr. Raj tidak akan saya lupakan.  Sele...

Bunuh Diri

Baru lagi tiga hari lepas di sebuah stesen radio seorang ustaz mengulas tentang penyakit mental. Ulasannya bagi saya sangat mengecewakan. Antara intipatinya disuruh mereka yang tertekan ini membandingkan dengan orang yang lebih susah dan jangan dilayankan sangat perasaan, gunakan akal katanya. Sampai boleh mengatakan, ada orang yang sengaja dan mengada-ngada buat-buat stress, akhirnya jadi betul-betul stress. Semalam terbaca pula status facebook seorang ustaz yang nadanya lebih kurang sama. Menyebut tentang banyaknya terima video bunuh diri. Sangka saya hendak nasihatkan orang untuk tidak menyebarkan. Tetapi rupanya mempersoalkan kenapa nak tamatkan nyawa hanya kerana tertekan. Kemudian disuruh juga bandingkan dengan orang yang lebih susah.  Dan bermacam jenis bandingan lagi seperti katanya jika kita habis duit simpanan, ada orang lain yang tidak pernah ada duit simpanan, jadi sekurang-kurangnya kita pernah merasa ada duit. Ayat-ayat dengan perkataan "sekurang-kurangnya" ini ...