Pages

Thursday, March 1, 2012

2 tahun

Bismillah

Bertanya kepada kawan, "Esok 1 Mac birthday siapa ya?" Langsung tak teringat itu tarikh pemergian ayah 2 tahun yang lepas mengikut tahun Masihi. Apapun, malam 15 Rabiul Awal yang lepas telah sempat menziarahi pusara ayah diterangi bulan purnama. Ketika genap 2 tahun, mengikut kalendar Hijri.

Semoga Allah sentiasa merahmati ayah di sana. Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kecil. Amin.

Ayah, rindu sangat!

Monday, January 23, 2012

Senyumlah :)

Bismillah

Tadi masa beli barang, disebabkan terlalu penat tak mampu nak hulurkan senyuman kepada tuan kedai. Rasa bersalah sangat. Lalu masuk ke kedai kedua, memaksa diri untuk senyum bagi menebus kesilapan. Kali ini tuan kedai pula yang mahal senyumannya. Tak kecil hati pun. Mungkin balasan dan peringatan Allah buat diriku. Apa orang kata, "Apa yang kita bagi, itulah yang kita dapat." ^_^

*Minggu ini minggu yang agak kelam-kabut. Ya Allah, selimutkan aku dengan ketenangan!*

Friday, January 6, 2012

Tegurlah

Bismillah

Apalah gunanya sahabat jika tak mampu menegur kesilapan sahabatnya. Saya bukanlah seorang yang mudah menerima teguran, tapi saya sentiasa bersedia untuk belajar menerimanya. Tegurlah jika saya berbuat salah. Mungkin saya akan mengambil masa untuk betul-betul memahami sebarang teguran, namun itu lebih baik berbanding jika saya langsung tidak mendapat teguran.

Seingat saya sepanjang 24 tahun hidup, tidak banyak teguran yang saya terima daripada insan bergelar sahabat. Setelah diimbas semula, teguran yang berbisalah yang banyak menggerakkan saya membuat perubahan dalam hidup. Sayangnya, ia tak banyak berlaku. Manusia di sekeliling saya terlalu baik dan suka memuji. Barangkali terlalu suci hatinya sehingga hanya dapat melihat yang baik-baik sahaja. Mungkin juga saya yang tidak faham. Boleh jadi pujian itu bernada teguran? T_T